Ketua Jabatan Siasaran Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di hadapan Sekolah Menengah Bukit Jelutong, di sini selepas mangsa yang berusia 17 tahun membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Seksyen pada pukul 9 malam kelmarin.

Kesemua suspek yang merupakan pelajar sekolah yang sama dan masing-masing berusia 17 tahun.

“Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai pada pukul 4.45 petang pada dari yang sama mereka ditahan ,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini tengah malam ini.

Tambah Fadzil, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi pada 8 Februari lalu yang mana mangsa sebelum itu sedang berada di dalam kelas selepas tamat waktu rehat.

Bagaimanapun, salah seorang suspek kemudiannya datang kepada mangsa dan memukulnya dengan batang kayu penyapu dan disepak sekumpulan yang lain selepas dipaksa menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’.

Mangsa dan kumpulan suspek terbabit katanya dari kelas yang sama manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh - UTUSAN ONLINE