Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Puisi Sasterawan Negara jadi tumpuan

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Puisi Senandung Bonda Kandung ciptaan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan (gambar) merupakan antara puisi yang menarik perhatian hadirin dalam Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa malam ini.

Puisi tersebut berkisar kepada nasihat seorang ibu kepada anaknya supaya menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Selain itu, puisi tersebut turut menasihatkan generasi muda masa kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan agenda luar yang mahu menjajah negara ini sekali lagi.

Turut mendapat per­hatian adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali yang menyampaikan puisi bertajuk Jiwa UKM Jiwa Merdeka.

Puisi tersebut menceritakan tentang bagaimana UKM diwujudkan dan peranan yang dimainkannya da­lam membantu me­ningkatkan keupayaan anak bangsa.

“Ayuh ! semarakkan jiwa UKM jiwa merdeka, aspirasi negara me­ngalir bersama darah, masa depan gemilang bergelora di dada, merangka bitara, bertawakal dan pasrah jiwa UKM, jiwa merdeka, bersamalah kita mengimarah,” katanya ketika mendeklamasikan puisi tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain