Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PTPTN sasar kutipan balik pinjaman RM4 bilion tahun ini

Idris PTPTN
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (dua dari kanan) menyampaikan mok cek dan plak pada anugerah emas di perhati olih Datuk Ayub Rahmat (tiga dari kanan) dan Ab. Wahab Ridwan (kanan) Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor di dalam Majlis Perasmian Kongres Duta Jauhar 3.0 di Dewan Utama UNIKL Mitec Bandar Seri Alam Johor Bahru semalam. - UTUSAN/BAAZ IBRAHIM

JOHOR BAHRU 26 Mac- Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan jumlah bayaran balik oleh peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat tahun ini, dengan sasaran kutipan sebanyak RM4 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jangkaan kenaikan itu berdasarkan trend kutipan balik pinjaman PTPTN yang semakin baik, selain prestasi kutipan melebihi sasaran tahun lepas.

"Tahun lepas, PTPTN menyasarkan kutipan bayaran balik pinjaman RM2 bilion, namun jumlah kutipan diterima RM3.4 bilion. Terdapat 200,000 pelajar yang meminjam melalui PTPTN setiap tahun.

"Tahun ini, PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM4 bilion dan kita jangka jumlah ini mampu dicapai berdasarkan prestasi positif yang ditunjukkan oleh mereka yang membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff memaklumkan terdapat 586,863 peminjam PTPTN sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Jan lepas.

Ia membabitkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion dan daripada jumlah itu, 312,068 peminjam telah datang berunding dengan PTPTN serta mula membuat bayaran balik melibatkan sebanyak RM967.9 juta. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain