Dalam masa sama, Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan sekali lagi menyeru kepada para peminjam supaya membayar hutang bagi memudahkan sumber berkenaan disalurkan pula kepada pemohon baharu.

Beliau berkata, setiap tahun, pihaknya memperuntukkan antara RM3 hingga RM3.5 bilion dengan keupayaan menawarkan pinjaman kepada hampir 190,000 pelajar yang memohon.

"Sebagai sebuah institusi yang menawarkan pinjaman pelajaran bertanggungjawab memastikan semua pelajar dapat menyambung pelajaran tanpa menghadapi masalah kewangan. 

"PTPTN masih mempunyai dana yang mencukupi kerana pinjaman terbabit dijamin kerajaan dan tidak timbul isu kita mampu atau sebaliknya. Apa yang perlu difikirkan, sejauh kerajaan mampu menanggung hutang termasuk yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. 

"Kita berkeyakinan semua pemohon yang berkelayakan akan dapat menerima pinjaman mengikut kelayakan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jom Sambung Belajar 2019 di Kolej Vokasional di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE