Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PTPTN cecah usia 20 tahun

Mahu dilihat sebagai tabung pendidikan nasional

Shamsul Anuar Nasarah bergambar bersama pemenang Pertama Cabutan 3
Shamsul Anuar Nasarah bergambar bersama pemenang Pertama Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN, Wan Asron Wan Jusoh bersama keluarganya yang membawa pulang Proton Perdana 2.4L.

KUALA LUMPUR 13 Julai - Selepas 20 tahun penubuhannya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak hanya mahu dikenali sebagai badan yang memberikan pinjaman kepada pelajar tetapi juga sebagai institusi penabungan pendidikan melalui Skim Pendidikan Nasional iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Usaha proaktif PTPTN tersebut dalam mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan pendidikan merupakan suatu tindakan yang amat baik dan murni serta perlu disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, penubuhan PTPTN pada 1997 me­rupakan iltizam kerajaan dalam menjayakan pendemokrasian pen­didikan bagi membolehkan lebih ramai rakyat mempunyai akses kepada penggajian tinggi.

Katanya, usaha mentransformasi PTPTN sebagai tabung pendidikan diteruskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) di bawah Lonjakan Kelima bertujuan menjamin kemampanan kewangan bagi sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

“Dalam konteks ini, saya amat berharap PTPTN tidak dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang, sebaliknya sebagai tabung pendidikan seperti Tabung Haji untuk membantu umat Islam menabung bagi menunaikan haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan pekerja selepas bersara.

“Kerana itu PTPTN mesti sentiasa bersedia mengikut perkemba­ngan dan pembaharuan yang dibuat kerajaan termasuk mula mengubah imej dengan menukar logo baharu agar perbadanan ini dilihat sebagai tabung pendidikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Mesra Bersama Pe­langgan dan Pelancaran Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN, di sini hari ini.

Tambah Shamsul Anuar, menabung dari awal merupakan langkah terbaik untuk pendidikan masa depan dan satu tindakan bijak berbanding hanya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman.

“Dengan penabungan dari awal, graduan akan mempunyai hutang pendidikan yang minimum, sekali gus dapat mengurangkan bebanan kos yang sentiasa me­ningkat dari semasa ke semasa,” jelasnya.

SSPN-i/SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik

Kewujudan Skim Simpanan Pendidikan nasional merupakan satu anugerah kepada rakyat kerana instrumen ini merupakan pelan simpanan terbaik kerana menawarkan pelbagai keistimewaan yang boleh diibaratkan sebagai dividen masa depan dengan pelaburan yang rendah dan tidak membebankan.

Tambahnya, setiap simpanan mempunyai keistimewaan dan man­faat berganda kepa­da pendeposit, ma­lah kadar dividen yang diberikan amat kompetitif berbanding institusi kewangan lain.

“Kadar dividen yang diberikan pernah mencecah sehingga 4.25 peratus. Ibu bapa yang membuat penabungan pula diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun. Kesemua manfaat ini, jika dikira memberi pulangan sehingga 28 peratus kepada pendeposit,” jelasnnya.

Katanya, sehingga 30 Jun 2017, kira-kira 2.87 juta akaun dibuka dengan jumlah deposit simpanan berjumlah lebih RM2.78 bilion.

“Kami yakin untuk tahun ini akan berjaya mencapai sasaran sebanyak RM550 juta dengan sebanyak 350,000 akaun baharu dibuka. Ini adalah angka yang terbaik jika dibandingkan de­ngan mana-mana agensi kewangan lain di negara ini,” katanya.

Insentif Khas Geran Sepadan 
Percuma RM50

Penabungan bagi tujuan pendi­dikan amat penting dalam memastikan cita-cita anak-anak tercapai. Penabungan juga perlu dirancang dan dimulakan seawal usia muda bagi memastikan pulangan yang lebih tinggi dan menguntungkan.

Menurut Shamsul Anuar, kerajaan sedar tentang kepentingan pembudayaan amalan menabung untuk pendidikan tinggi bagi mengelakkan keciciran anak-anak untuk melanjutkan pengajian dan juga bagi mengelakkan beban hutang yang tinggi.

“Ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membenta­ng Bajet 2017 mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus kepada pelajar tahun 1 sekolah bantuan penuh kerajaan.

“Ini bermakna bermula 1 Januari 2017, ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anak-anak pelajar tahun 1 akan menerima tambahan iaitu simpanan percuma bernilai RM50. Untuk itu, peruntukan sebanyak RM25 juta telah disediakan untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang layak,” jelasnya.

Tambahnya, sehingga 30 Jun lalu, kira-kira 3.7 peratus daripada pelajar tahun 1 telah menerima simpanan percuma ini.

“Saya menyeru kepada ibu bapa untuk segera memilih skim ini sebagai penabungan anak-anak dan mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan simpanan percuma ini,” katanya.

Sahabat Niaga

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan hebahan dan kesedaran penabungan SSPN-i Plus secara meluas, terkini PTPTN melaksana­kan program Sahabat Niaga.

Melalui program ini, agensi dan persatuan boleh berkolaborasi dan menyertai program tersebut.

PTPTN menjalinkan kerjasama dengan tiga organisasi iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usa­ha Niaga (TEKUN), I Synergy Holdings Berhad (ISH) dan Persa­tuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mempromosi produk simpanan SSPN-i Plus selain agensi serta persatuan akan memperoleh lima peratus komi­sen daripada jumlah akaun yang dibuka.

“Saya sangat mengalu-alukan agensi dan persatuan lain di Malaysia untuk turut bekerjasama dengan PTPTN melalui program Sahabat Niaga ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain