Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PTPTN berusaha kurangkan beban pinjaman

Shamsul Anuar (berdiri) berbual bersama para tetamu pada  Majlis 2
Shamsul Anuar (berdiri) berbual bersama para tetamu pada Majlis Iftar PTPTN Bersama Media di Kuala lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional­ (PTPTN) berhasrat memastikan graduan pada masa hadapan ha­nya mempunyai hutang pen­didikan mi­nimum berikutan penabungan yang dibuat lebih awal.

Pengerusinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN yang merupakan Tabung Pendidikan negara menyediakan instrumen simpanan melalui penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i/SSPN-i Plus) bagi tujuan pendidikan untuk masyarakat Malaysia tanpa me­ngira kaum dan agama.

“Untuk itu, tahun 2017 ini me­rupakan Tahun Penabungan. Program dan aktiviti PTPTN adalah lebih bertemakan penabungan bagi menjadikan masyarakat Malaysia membudayakan penabu­ngan dan Tabung Pendidikan sentiasa di bibir mereka untuk pe­nabungan, bukannya untuk pin­jaman semata-mata,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar PTPTN Bersama Media, semalam.

Tambah Shamsul Anuar, ma­syarakat perlu membuka minda bahawa tanpa perancangan kewangan yang bijak adalah sukar untuk anak-anak menyambung pe­ngajian dan cita-cita mereka.

“PTPTN menyeru mana-mana agensi yang ingin membuat sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik agar memilih sumbangan ber­bentuk pendidikan seperti pem­bukaan atau penambahan akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus kerana lebih bermakna dan menjamin masa depan pendidikan mereka,” jelasnya.

Menurut beliau, kerajaan serius dalam usaha menyemai budaya menabung dalam kalangan masya­rakat sejak anak-anak masih kecil.

“Kerana itu dalam Bajet 2017, Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak me­ngumumkan pemberian insentif geran sepadan secara percuma sebanyak RM50 kepada pelajar tahun 1 sekolah bantuan penuh kerajaan yang membuat simpanan dalam SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Tambahnya, setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan serta berpandukan sistem kewa­ngan patuh syariah.

Katanya, bagi menggalakkan penabungan dalam SSPN-i Plus, Cabutan Wow! telah dilaksanakan bagi tahun 2016/2017 dengan menawarkan lebih 300 hadiah menarik bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.

Jelasnya, tujuan utama cabutan itu adalah untuk menarik minat masyarakat terus menabung selain menghargai pendeposit setia SSPN-i Plus.

“Terdapat dua kategori­­ ca­butan yang diadakan iaitu Cabutan ­Tahunan dan Cabutan Suku Tahun. Ca­butan Tahunan menawarkan hadi­ah utama kereta Proton Perdana, tempat kedua kereta Toyota Vios, tempat ketiga motosikal Kawasaki dan hadiah sagu hati RM2,000 yang akan tamat pada 30 Jun 2017 ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain