Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, itu suatu keputusan seperti mempersendakan mereka dengan me­ngetepikan janji muluk ber­kaitan PTPTN.

Wan Sukairi
Wan Sukairi Wan Abdullah

“Kerajaan sepatutnya memahami masalah golongan muda yang tidak mampu untuk membayar hutang PTPTN dan bukannya membebankan mereka dengan pengumuman mengejutkan itu.

“Saya rasa ini antara perkara yang menyedihkan khususnya kepada peminjam kerana kita telah mendengar janji-janji yang berlainan sebelum mereka menjadi kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hafaz Muqadam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga bagi Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Sehubungan itu, Wan Sukairi meminta kerajaan mempertimbangkan semula pengenalan kaedah pembayaran balik itu.

“Mungkin kerajaan boleh se­suaikan dengan kemampuan dan keadaaan semasa terutama bagi mereka yang baru menempuh alam pekerjaan kerana tentu banyak komitmen yang perlu diselesaikan,” katanya.