Penyelaras pasukan, Shahrizan Mohd. Razali berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi keberhasilan tiga pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) institusi itu Muhammad Safiq Mohd. Ishak, 20; Mohamad Haziq Fikri Zulkefli, 22, dan Muhamad Azlan Yusob, 20,menghasilkan idea serta reka bentuk Sistem Pelupusan Jarum Automatik (ANDS) sekaligus menewaskan 64 peserta lain.

Sistem itu katanya mampu diaplikasi serta dikembangkan dalam pelbagai sektor sama ada perubatan, perkilangan dan sebagainya.

“Kejayaan ini membolehkan pasukan PSIS membawa pulang wang tunai RM1,100 serta melayakkan diri untuk mewakili zon tengah ke AHIN 2018 peringkat kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Shahrizan, kejayaan tersebut diharap dapat menyuntik semangat pasukan PSIS untuk merangkul pingat emas di AHIN 2018 peringkat kebangsaan nanti. - UTUSAN ONLINE.