“Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa-apa komen.

“Saya tidak mahu menganggu sebarang siasatan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Utusan Malaysia dalam dua siri laporan khasnya bermula semalam mendedahkan sumber yang menafikan dakwaan dibuat Maszlee sebelum ini kononnya PS1M gagal memandangkan tiada bekalan susu yang dihantar ke sekolah di seluruh negara tahun lalu.

Bukan itu sahaja, siasatan Mingguan Malaysia juga mendapati lima syarikat yang dilantik bagi tujuan pembekalan susu PS1M telah menghantar kesemua minuman bantuan berkenaan kepada lebih 7,000 sekolah terlibat bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.

Guru besar sebuah sekolah kebangsaan dalam kawasan Simpang Renggam yang merupakan kawasan Parlimen Maszlee telah menerima bantuan PS1M bagi tahun 2017 mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula selepas sambutan Aidilfitri sehingga tamat sesi persekolahan pada hujung tahun. - UTUSAN ONLINE