Ketua Pegawai Operasinya, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, diskaun tersebut melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada 9 Mei ini bermula pukul 12.01 pagi hingga 12.00 tengah malam.

“Seperti sambutan perayaan yang lain, pemberian diskaun tol itu untuk menghargai dan meringankan beban penguna lebuhraya yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia semasa PRU-14 nanti.

“Malah, pengguna juga akan menikmati minuman ‘Isotonik Revive’ secara percuma semasa melalui Besraya pada 9 Mei ini manakala, pada 10 Mei pula, pengguna bakal menikmati minuman ‘Kopi Wanda’ secara percuma di semua plaza tol NPE,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE