Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, pakej yang dikenali sebagai Pelan Proton Yes Altitude itu ditawarkan khas kepada semua pelanggan yang membeli kereta Proton baharu bagi varian Executive dan ke atas.

“Tawaran pelan itu adalah hasil kerjasama Proton dengan YTL Communication Sdn. Bhd. (YTLC) dan bermula pada hari ini sehingga 28 Februari depan bagi model Persona, Saga, Ertiga, Perdana dan Iriz 1.3 L.

“Bagi model Suprima S, Preve, Iriz 1.6 L dan Exora pula, tawaran ini sah sehingga stok masih ada,” katanya dalam majlis pelancaran sempena DRB-Hicom Auto Fest di Ibu pejabat EON sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif YTLC, Datuk Yeoh Soo Keng dan Ketua Pegawai Eksekutif YTLC, Wing K. Lee.

Dalam pada itu, Ahmad Fuaad memberitahu, tawaran itu selaras dengan janji Proton iaitu pelanggan diutamakan dengan memberi lebih nilai kepada pembeli kereta Proton.

“Kami yakin tawaran ini akan memberi manfaat kepada pelanggan kami kerana rangkaian YES merupakan peneraju Internet 4G global dengan rangkaian liputan sehingga 85 peratus di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.