Kajol hadir kira-kira pukul 8 malam diiringi oleh hero dan pengarah VIP2 iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

Kajol ketika memberi ucapan meluahkan rasa gembira dan teruja dengan sambutan peminat-peminatnya di Malaysia.

"Saya melakukan yang terbaik dalam filem ini dan berharap peminat berpuas hati," katanya.

VIP2 merupakan kesinambungwn filem Velaiilla Pattadhari (VIP) yang diterbitkan pada tahun 2014. - UTUSAN ONLINE