Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, projek ini dikenali sebagai Diversion yang merupakan projek perintis kementerian.

Wan Azizah menandatangani bola sepak
DR. WAN Azizah Wan Ismail (depan, tiga kiri) menandatangani di atas bola sebagai gimik perasmian Program Turun Padang Ke Institusi Kanak-kanak ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, KM10, Jalan Sungai Besi hari ini. - UTUSAN ONLINE/AMIR KHALID

Katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, kanak-kanak tersebut akan menjalani modul intervensi yang disediakan khas untuk mereka mengikut jenis kesalahan dan latar belakang kanak-kanak tersebut.

“Mengikut model ini, kanak-kanak yang tersabit kesalahan ringan tidak akan ditahan.

Projek pengalihan pesalah jenayah kanak-kanak
DR. WAN Azizah Wan Ismail menerima penerangan daripada Ketua Seksyen Perkhidmatan Belia Yayasan Generasi Gemilang, Tan Jee Wang di ruang pameran, Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Modul intervensi tersebut merangkumi kaunseling, khidmat masyarakat, membayar ganti rugi atau membaik pulih kerosakan yang dilakukan,” katanya sewaktu berucap pada majlis lawatan rasmi ke Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Pengetua Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Muhammad Razmee Abd. Razak. - UTUSAN ONLINE