Perdana Menteri berkata, pem­bangkang tidak memikirkan kesan terhadap ekonomi negara dan kepentingan rakyat sekiranya mereka membatalkan projek pemangkin ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, Malaysia memerlukan projek-pro­­jek rangsangan ekonomi terutamanya di kawasan yang se­­dang membangun untuk me­lonjakkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Antara projek rangsang­an ekonomi itu adalah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Lebuhraya Pan Borneo, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange,Transit Aliran Massa (MRT), Pengerang dan KL118, kata beliau.

“Ini kerana kerajaan berharap agar pembangunan da­­pat dirasai di seluruh negara dan oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam blog www.najib­razak.com. hari ini.

Najib berkata, bagaimanapun, pembangkang mahu men­cantas projek-projek pe­rangsang ekonomi tersebut se­kiranya mereka memerintah negara.

Katanya, sekiranya projek pembangunan itu dibatalkan, se­banyak 2.2 juta peluang pe­kerjaan akan hilang termasuk pekerja mahir yang berpendapatan lebih RM3,000.

“Dengan membatalkan projek ECRL, negeri-negeri Pantai Timur tidak menerima pembangunan seiring dengan Lembah Kelang.

“Faktor ini menyebabkan pendapatan rakyat di Pantai Timur selama ini sukar ditingkatkan. – BERNAMA