Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, loji itu sepatutnya beroperasi pada 31 Disember tahun lalu.

“Berdasarkan lawatan ke tapak projek yang mula dilaksanakan pada 2 Julai 2015 itu, kerajaan mendapati tiada sebarang kemajuan projek ditunjukkan. 

"Operasi penggerudian telah diberhentikan sejak suku ketiga 2016 dan 'slim hole' telah ditutup, semua kabin dan kelengkapan penggerudian tidak lagi berada di atas tapak, tiada lagi kakitangan ditempatkan di tapak projek dan rumpai panjang sudah tumbuh meliar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan  Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang mahu kerajaan menyatakan status perkembangan pembinaan loji janakuasa berkenaan yang terletak di Apas Kiri, Tawau.

 Projek mega itu  dimajukan syarikat Tawau Green Energy Sdn. Bhd.. -UTUSAN ONLINE