Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merupakan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, program tersebut akan diperkenalkan kepada penuntut universiti di seluruh negara.

“Buat permulaan, kita menyasarkan seramai 500 penuntut universiti untuk menyertai program yang akan diuruskan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Mereka akan diberikan latihan, mengenali bentuk, jenis dadah dan kesannya selain aktiviti pemulihan yang boleh dibuat kepada mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya selepas merasmikan Larian Anti Dadah 2018 (LaTiH’18) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini malam tadi.

Nur Jazlan berharap menerusi ToT itu, peserta yang terlibat bukan sekadar menjadi ahli semasa di universiti sahaja tetapi akan menjadi aktivis seumur hidup. - UTUSAN ONLINE