Di Malaysia, kajian saringan minda sihat itu hanya dilakukan kepada pelajar berusia 16 tahun.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye percaya kanak-kanak berusia 12 tahun tergolong dalam kumpulan individu yang sedang mengalami proses perubahan emosi, sosial dan intelektual.

Menurutnya, golongan ini mudah terpengaruh dengan media sosial yang membuatkan mereka merasakan adalah sesuatu yang penting untuk menjalani gaya hidup seperti yang dipertontonkan oleh rakan-rakan mereka di media maya itu.

“Sesungguhnya, mereka mempunyai implikasi sosial yang lebih besar,” katanya pada forum Orang Muda dan Kesihatan Mental Dalam Dunia Yang Berubah anjuran Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini hari ini.

Turut hadir puteri sulung Pemangku Raja Pahang, Tengku Iman Afzan Tengku Abdullah dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE