NORASHIKIN ISMAIL
NORASHIKIN ISMAIL 

Ini termasuk matlamat latihan yang tidak lagi hanya melahirkan graduan ‘makan gaji’ tetapi juga usahawan yang boleh mencipta peluang pekerjaan sendiri.

Selain itu, Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail memberitahu, kuota kemasukan pelajar juga akan dihadkan daripada 25,000 sebelum ini kepada 10,000 sahaja.

“Kita ada dua matlamat sekarang iaitu membantu pencari kerja dan membuka peluang pekerjaan, dulu program makan gaji sahaja sekarang kita nak graduan jadi tauke gajikan orang.

“Dengan peruntukan yang kecil kita perlu berfikir di luar kotak kerana untuk seorang graduan SL1M kita habiskan kira-kira RM29,000 dan melalui program usahawan mungkin kos boleh dikurangkan,” katanya.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Htta Md. Ramli bergambar bersama para peserta

TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Htta Md. Ramli bergambar bersama para peserta selepas memberi taklimat Program Maybank Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Booster di Akademi Maybank di sini hari ini. Turut serta Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf dan Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Norashikin Ismail. - UTUSAN ONLINE/ FAUZI BAHARUDIN 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program pembangunan usahawan SL1M yang dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE