Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program Semarak Jawi JCorp jadi tumpuan

MOHD. HANIZAM ABDUL AZIZ (kanan) dan Johari Marshan (dua dari
MOHD. HANIZAM ABDUL AZIZ (kanan) dan Johari Marshan (dua dari kiri) bersama pemenang kategori tulisan khat jawi Program Semarak Jawi sempena penganjuran Kaenival JCorp di Bandar Utama, Segamat, Johor, semalam.

SEGAMAT 24 Mei - Program Semarak Jawi anjuran Johor Corporation (JCorp) berjaya menarik minat penyertaan 200 pelajar daripada 20 sekolah rendah dan menengah di daerah ini sempena Karnival JCorp di Bandar Utama di sini yang berakhir semalam.

Pengurus Kanan Jabatan Bisnes Amal JCorp , Mohd. Hanizam Abdul Aziz berkata, program berkenaan bertujuan menyemarak dan menyuburkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Setakat ini lebih 600 peserta di empat kawasan, iaitu di Pasir Gudang, Muar, Ledang dan Segamat telah mendapat manfaat daripada program ini dan akan diteruskan penganjurannya di semua daerah dengan sasaran penyertaan lebih 2,000 pelajar menjelang akhir tahun ini.

“Pendekatan yang kami lakukan ini merupakan salah satu usaha secara kreatif dan segar bertujuan menggalakkan masyarakat terutamanya generasi muda memahami serta menghayati tulisan Jawi agar tulisan ini tidak dilupakan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penyampaian Hadiah Program Jalinan Ukhuwah An-Nur Semarak Jawi, di sini.

Program yang dirasmikan Pegawai Unit Kokurikulum Pejabat Pen­didikan Daerah Segamat, Johari Marsan itu merupakan lanjutan daripada penerbitan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan versi cetak hasil kerjasama antara JCorp dengan Utusan Melayu (M) Berhad.

Antara kategori yang dipertan­dingkan ialah tulisan khat, coretan Jawi dan jelajah Jawi untuk pelajar dan terbuka, bertujuan menguji kemahiran peserta memahami tulisan Jawi secara santai dan menyeronokkan.

Mohd. Hanizam berkata, program itu akan menjelajah ke setiap daerah untuk mencari pemenang setiap kate­gori bagi mewakili daerah masing-masing ke pertan­dingan terakhir di Johor Bahru pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Johari berkata, usaha JCorp memartabatkan tulisan Jawi yang sinonim dengan tulisan al-Quran merupakan satu langkah murni sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri yang mahu generasi muda menguasai bacaan, memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran.

Program itu juga secara tidak langsung membentuk sahsiah generasi muda yang berketerampilan sebagai pewaris masa depan yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif serta berdaya saing, katanya.

“Saya harap usaha JCorp sebagai perintis yang mendahului badan-badan korporat lain di negeri ini dalam usaha menyuburkan kembali tulisan Jawi dijadikan contoh oleh pihak lain pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain