Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program Pembaziran Sifar bantu golongan memerlukan

Pelancaran Program Sifar Pembaziran Makanan anjuran Kumpulan Sunway 2
Pelancaran Program Sifar Pembaziran Makanan anjuran Kumpulan Sunway dan Persatuan Kechara Soup Kitchen baru-baru ini.

SEBELUM ini, kebanyakan hotel, resort dan restoran tidak mempunyai pilihan, selain mengamalkan polisi membuang lebihan makanan setiap hari atas faktor keselamatan dan kebersihan.

Namun keadaan itu mula berubah apabila ada dalam kalangan pihak terbabit menyedari bahawa inisiatif boleh dilakukan bagi mengelak tindakan yang menjurus kepada pembaziran.

Pengurus Residen, Sunway Resort Hotel & Spa Bandar Sunway, Colin Yeoh, berkata, sebelum program Pembaziran Sifar (ZeroFoodWastage) dilancarkan di hotel itu bersama Persatuan Kechara Soup Kitchen, pihaknya terpaksa membuang purata 35 kilogram (kg) makanan setiap hari pada Ramadan tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya, bermakna pihaknya terpaksa membuang sebanyak 1,050 kg makanan yang dihidangkan kepada pelanggan yang menikmati bufet berbuka puasa dan sahur setiap hari.

“Semua makanan yang dibuang itu ‘gagal’ dihabiskan oleh pelanggan yang menempah bufet dan sahur di hotel ini,” katanya kepada Utusan Malaysia Sabtu.

Namun katanya, sebaik sahaja program menyalurkan makanan berlebihan yang dianjurkan itu bermula, pihak hotel mempunyai alternatif untuk mengelakkan pembaziran.

Menerusi program itu, katanya, pihak hotel akan memastikan makanan yang disumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan itu bersih dan selamat dimakan walaupun setelah dibawa keluar dari hotel.

Pelancaran Program Pembaziran Sifar (ZeroFoodWastage) untuk tahun kedua itu telah diadakan di hotel terbabit baru-baru ini.

Pihak hotel menjemput media bagi melihat bagaimana proses pembungkusan dan penghantaran makanan kepada golongan memerlukan dilakukan dengan kerjasama Persatuan Kechara Soup Kitchen.

Dalam pada itu, Chef Eksekutif hotel itu, Peter Lee berkata, sebelum menyertai program tersebut, pihaknya tidak mempunyai pilihan iaitu terpaksa membuang lebihan makanan bufet Ramadan dan sahur, selain tidak membenarkan petugas membawa pulang makanan tersebut ke rumah.

Katanya, langkah itu dilakukan sejajar dengan polisi yang mementingkan keselamatan dan kebersihan yang amat diutamakan pihak hotel bagi memastikan makanan dibawa pulang tidak tercemar sehingga memudaratkan kesihatan.

“Setiap kali Ramadan, kami menyediakan beratus-ratus menu untuk pilihan pelanggan yang menempah tempat berbuka puasa di restoran kami. Memang benar saiz hidangan makanan yang disediakan bergantung kepada berapa banyak tempahan diterima.

“Jika terdapat 100 tempahan, maka kami akan menyediakan saiz hidangan yang lebih kerana mengambil kira faktor seorang pelanggan akan menambah menu sama, selain menerima pelanggan yang datang terus tanpa membuat tempahan terlebih dahulu (walk in) untuk berbuka puasa di hotel ini,” katanya.

Beliau mengakui berasa ‘amat sayang’ untuk membuang makanan berlebihan tersebut, namun pihaknya perlu patuh kepada polisi yang ditetapkan pengurusan hotel.

“Tetapi sejak dua tahun lalu, lebihan makanan tidak lagi dibuang, sebaliknya disumbangkan kepada pihak yang memerlukan. Ini lebih baik daripada membazir,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain