Program itu memberikan ruang kepada pelajar PKB berkongsi pengalaman sendiri dan memberi pendedahan lebih mendalam kepada pelajar sekolah mengenai bidang yang dipelajari.

Pengarahnya, Noor Azahan Othaman berkata, program penerangan berbentuk perkongsian pengalaman itu akan diadakan di seluruh sekolah menengah kebangsaan di negeri ini.

"Program penerangan ini akan disertai sendiri oleh pelajar yang sedang menuntut di PKB yang akan menceritakan pengalaman dan keistimewaan mengikuti pengajian khussunya dalam bidang teknikal.

"Kita harap dengan adanya program seperti ini akan membuka mata pelajar sekolah mengenai bidang itu sekaligus menaikkan semangat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Aspresiasi Jasamu Dikenang di Dewan PKB Kok Lanas, di sini hari ini.

Dalam majlis itu juga, sebanyak 35 anugerah disampaikan termasuk tujuh agensi media dan beberapa wartawan turut menerima penghargaan antaranya News Straits Times Press (NSTP); Utusan Malaysia; Sinar Harian; Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan dan Bernama. - UTUSAN ONLINE