Ketua Setia­usaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, orang ramai yang hadir ke program kementerian itu akan diberi penjelasan berhubung keadaan semasa melibatkan pertumbuhan ekonomi negara.


“Dalam program ini, kita akan bersama rakyat dan memastikan mereka faham dengan jelas apa yang dilakukan kerajaan serta tidak mudah percaya dengan berita palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Tahun ini pun kita akan teruskan usaha bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara supaya hasilnya nanti dapat diberi semula kepada rakyat kerana inilah hasrat kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kementerian Kewangan Bersama Rakyat peringkat negeri Melaka di Maahad Tahdiz Sulaimaniyyah di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang juga penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN ONLINE