“Bila ketiadaan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), kami nak galakkan rakyat menyertai Wataniah, kami sedang menyusun semula untuk kami buat pengumuman.

“Kalau boleh kami nak penyertaan daripada pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 38/2018 di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas me­ngenai Kementerian Pertahanan menafikan laporan berhubung pengambilan 75 belia berketurunan India yang dilatih Askar Wataniah, beliau berkata pihaknya akan melihat semula berhubung salah faham berke­naan dalam masa terdekat.

Semalam, Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan menafikan catatan di laman Facebook dan laporan sebuah akhbar Tamil yang me­ngatakan kementerian itu telah bersetuju mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, meskipun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kela­yakan.

Kenyataan itu memaklumkan kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah dan pihak Kementerian bersetuju untuk mengkaji semula permohonan itu supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimbangkan semula.

Terdahulu, Mohamad me­nyampaikan sijil kepada 45 pegawai tentera daripada ketiga-ketiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik termasuk tujuh pegawai tentera daripada luar negara. – BERNAMA