Baginda turut berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah bagi beberapa ketegori yang telah berlangsung terdahulu pada pagi yang sama.

Baginda berangkat singgah di program tersebut bersempena kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 36 bagi tahun ini anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang bermula dan berakhir di Masjid Alwi Kangar.

Program ini dilaksanakan bagi mencari pelapis dan mencungkil bakat baru untuk sukan berbasikal bagi pasukan elit negara kelak.

CIMB Foundation adalah penaja utama bagi program pembangunan ini. Ia turut mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari. Penyertaan yang telah diterima pada kali ini adalah seramai hampir 700 peserta dari seluruh Malaysia yang melibatkan 20 kategori umur dan jantina yang berlainan.

Turut diadakan adalah kadet klinik bagi sekolah-sekolah bertujuan bagi memperkenalkan sukan berbasikal serta mencari bakat baru dalam sukan ini di peringkat sekolah.

Antara sekolah-sekolah di negeri Perlis yang tidak melepaskan peluang terlibat adalah SK Sri Indera, SK Sena, SMK Abi, dan SMK Putra.

Pemilihan bagi atlet SUKMA turut dilakukan semasa kejohanan ini berlangsung. - UTUSAN ONLINE