Ini termasuklah pelbagai jenis pes iaitu Paprik, Sambal, Lemak Cili Api, Sup Berempah, Tomyam, Rendang, Percik, cendawan, Kicap Masin, Kicap Manis, Kicap Cili Pedas, Kicap Pekat, Sos Lada Hitam, Cili Nanas, Tomato, Cili Padi, Cili Betik dan banyak lagi.

Rangkaian produk jenama Peladang ini boleh didapati di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Malaysia (MAHA 2016) yang akan berakhir esok

Terdapat lebih 200 produk yang hasilkan oleh usa­hawan-usahawan yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri yang dipasarkan oleh anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Pegawai Eksekutif Pemasaran NAFAS, Muhamad Hazman Shaharudin berkata, produk-produk Peladang ini dihasilkan mengikut standard dan kualiti yang tinggi bagi membolehkan ia dipasarkan sehingga ke luar negara.

“Kami mula menerima ba­nyak tempahan melalui agen-agen yang berjaya mempromosi produk-produk kami di luar negara.

“Ini termasuklah pek-pek kerepek atau cip buah-buahan yang mendapat permintaan di United Kingdom dan begitu juga pelbagai jenis sos yang akan memasuki pasaran Australia,” katanya.

Rakyat Malaysia sendiri perlu memberikan sokongan kepada produk-produk keluaran peladang tempatan ini yang bukan sahaja berkualiti tetapi halal dan bersih.

“Sebenarnya ramai yang menggemari produk-produk kami dan kami berharap pe­ngunjung MAHA 2016 akan mengambil peluang untuk membeli produk-produk kami yang dijual de­ngan harga diskaun di MAHA 2016,” kata­nya.