Ketua Pegawai Operasinya, Malek Mattar berkata, produk IAT Malaysia juga adalah yang paling banyak di pasarkan di pasar raya itu meliputi lebih 60 peratus daripada keseluruhan produk yang dijual di Global Halal Hub.

“Produk Malaysia mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di Singapura terutamanya yang beragama Islam kerana diyakini halal.

“Produk yang paling laris ialah makanan sejuk beku dan kita harap lebih banyak lagi produk IAT dari Malaysia akan masuk ke pasar raya ini terutamnya makanan tradisional seperti ketupat palas dan sebagainya.

“Apa yang penting, produk itu kena ada sijil halal yang diiktiraf seperti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar raya itu di Jalan Chai Chee di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE