SPRM
SPRM 

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya memberitahu, bilik gerakan PRK DUN Rantau yang beroperasi 24 jam itu dibuka di pejabat SPRM Negeri Sembilan, Peti Surat 6000, Jalan Dato' Kelana Ma'amor, 70700 Seremban, Negeri Sembilan.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-763 9008 atau 013-5180873 atau melalui faks ke 06-761 6897," kata suruhanjaya itu di sini hari ini.

Selain itu, SPRM turut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang- undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). - UTUSAN ONLINE