Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi pengundian awal mendapati proses berjalan lancar dan terkawal.

Malah kelihatan, calon PKR, Halimey Abu Bakar tiba di lokasi kira-kira pukul 8.45 pagi, manakala Dr. Halimah Ali pula tiba sejam kemudian.

Terdahulu, seramai 2,770 pengundi awal terlibat meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan dan 173 anggota polis.

Bagi anggota tentera serta pasangannya, mereka akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil manakala bagi anggota polis pula akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di TTDI Jaya.

Proses pengundian awal bagi DUN Seri Setia bermula pukul 8 pagi dan berakhir 5 petang.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan, bagi DUN Seri Setia sehingga pukul 9 pagi tadi, 15 peratus telah turun mengundi manakala bagi DUN Balakong peratusan turun mengundi adalah 83 peratus.-UTUSAN ONLINE