Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Privasia Technology Berhad, S. Puvanesan berkata, Procurehere bukan asing dalam dunia perisian perniagaan kerana telah berada dalam pasaran sejak tahun 2002.

Katanya, Procurehere 7.0 berbeza dengan versi terdahulu kerana mempertingkatkan platform berasaskan awan serta ditawarkan secara berasingan.

“e-perolehan secara berpusat dan automatik membolehkan perniagaan menguruskan pelbagai jenis pembelian, tender dan komunikasi dengan pembekal berpotensi dalam satu platform,” katanya dalam majlis pelancaran Procurehere 7.0 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE