Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, walau apa sekali pun alasan, muslihat dan matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai peringkat menggadaikan nasib ummah.


“Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur walau setapak sekali pun,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Konvensyen Memperkukuhkan Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.


Konvensyen dua hari anjuran Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU)-Majlis Dakwah Negara adalah bagi membuka ruang wacana tentang peranan institusi raja menurut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara, berperanan sebagai payung penyatuan dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. - UTUSAN ONLINE