ABDULLA YAMEEN

Duta dari Kesatuan Eropah (EU), Jerman dan Britain tiba di ibu negara selepas hakim tertinggi dan beberapa penentang lain ditangkap minggu ini.

Duta Besar Jerman ke Sri Lanka, Jorn Rohde berkata, ketiga-tiga duta tersebut meminta untuk berbincang tentang tindakan tegas Yameen terhadap pembangkang yang disifatkan sebagai serangan menyeluruh terhadap demokrasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sayangnya kerajaan Maldives menolak dialog hari ini dengan rakan sekerja dari Britain dan EU. Ini bukan satu cara yang baik,” kata Rohde menerusi akaun Twitter miliknya.-AFP