Beliau menyatakan demikian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mereka mengadakan pertemua dua hala di The Great Hall of People (Dewan Agung Rakyat) di sini pagi ini.

“Saya sangat gembira melihat anda (Najib) datang sekali lagi, selepas anda melawat China setengah tahun yang lalu.

“Anda mengikuti jejak langkah bapa anda, Tun Abdul Razak Hussein. Anda (hari ini) telah membuat kunjungan bersejarah ke China semasa ulang tahun ke-40 hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Hal ini telah menjadi sebuah kisah yang indah dalam sejarah hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan kerja tiga hari sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)) China 2014 di sini yang berakhir esok.

Najib dalam ucapan balasnya pula bersetuju dengan Jinping bahawa kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan baik yang dijalin sekarang sebagai suatu model hubungan.

Dalam pertemuan dua hala berasingan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang pula, Najib berkata, ini merupakan tahun yang bersejarah dan sangat bermakna untuk kedua-dua negara.

“Kemuncaknya apabila ditandatangani pernyataan bersama (antara Keqiang dan Najib) di tempat yang sama di mana pada 40 tahun lalu, bapa saya menandatangani pernyataan bersama (untuk mewujudkan hubungan diplomatik) dengan Perdana Menteri China ketika itu (Zhou Enlai),” katanya.

Keqiang pula berkata, Malaysia adalah ‘sahabat baik’ China dan rakan dalam kalangan negara ASEAN.

“Anda dan saya sudah membentuk hubugan peribadi. China sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama pada kedua-dua mesyuarat dua hala itu ialah Utusan Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin. 
–UTUSAN