PR1MA juga berperanan me­rancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana di dalam kawasan berkomuniti.

Kediaman ditawarkan mempunyai pelbagai jenis dan saiz berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 dan secara purata, harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

PR1MA mengetengahkan prinsip ‘Kesejahteraan Bandar’, di ma­na syarikat bukan sekadar mendirikan struktur bangunan kediaman malah turut membina komuniti yang mampu berkembang menjadi perbandaran lengkap dari segi sosial dan ekonomi.

Memenuhi keperluan dan cita rasa pembeli yang berbeza, projek perumahan PR1MA juga akan dilengkapi keperluan asas komuniti seperti surau, taska, taman rekreasi, klinik, kedai runcit, dewan serbaguna dan sebagainya.

Malah ia juga dibina berdekat­an kemudahan pengangkutan awam seperti Transit Aliran MAssa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter dan Rapid KL bagi menyenangkan pergerakkan penduduk, selain menjimatkan kos pengangkutan khusus­nya berulang-alik ke tempat kerja.

Jelas, PR1MA bukan sekadar mendirikan struktur kediaman, malah membina komuniti yang bersepadu. Sebagai contoh, apartmen PR1MA @ Bintawa River­front sebanyak 1,320 unit yang di­ba­ngunkan di tebing Sungai Sa­rawak, menzahirkan usaha PR1MA membina komuniti di sam­ping keindahan alam semula jadi.

Di samping itu, PR1MA turut mempromosi pusat rekreasi alam semula jadi berdekatan kepada pembeli, bagi meningkatkan kecintaan pada anugerah Sang Pencipta contohnya, PR1MA @ Bandar Meru Raya hanya 7.4 kilometer dari Taman Rekreasi Gunung Lang dan PR1MA @ Kamunting pula berjiran dengan pusat-pusat pelancongan nyaman dan menghijau di Taiping, Perak

Begitulah seterusnya produk-produk PR1MA di seluruh negara. Malah, kediaman PR1MA @ Alam Damai membuktikan iltizam serta inspirasi PR1MA bagi menjiwai ciri dan konsep kediaman PR1MA di bandar raya di mana penghuni berpeluang menikmati kemudah­an seperti Roof-Top Garden dan Sky Gardens.

Apa yang jelas PR1MA menawarkan peluang yang sama bagi semua golongan rakyat tidak me­ngira anak kelahiran Kamun­ting, Perak; Kota Marudu, Sabah, Cyberjaya, Selangor dan Kuala Perlis, Perlis. Mereka semua mendapat peluang dan fasiliti yang sama bagi mengejar cita-cita murni keluarga untuk memiliki rumah idaman.