Menurut Perdana Menteri, matlamat PR1MA bukan sahaja bagi menyediakan rumah berkualiti pada harga mampu milik tetapi juga mengukuhkan ekosistem ekonomi masyarakat bumiputera.

“Dari soal liquidity iaitu kemampuan kewangan (PR1MA), kita (kerajaan) sudah meluluskan RM3.9 bilion namun PR1MA memerlukan suntikan tambahan.

“Saya beri jaminan kerajaan akan tetap memberi sokongan kepada PR1MA supaya mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakan projeknya,” kata ketika berucap dalam program Rakan Bumiputera PR1MA 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE