Namun, situasi yang dihadapi pasukan itu lebih mencabar kerana perlu bertugas meronda sepanjang lebuh raya ke kawasan hentian rehat menaiki kenderaan di bawah terik matahari padang pasir.

Menurut Pengarah Operasi Jeddah, Mohamad Zamry Mohd. Noor, tugas pasukan itu bagi memastikan bas-bas yang membawa jemaah sampai ke destinasi dari lapangan terbang mengikut masa ditetapkan.

“Pasukan ini bertanggungja­wab menguruskan pergerakan je­maah apabila tiba di lapangan terbang di Jeddah menuju Mekah atau dari Madinah ke Mekah.

“Jeddah dan Madinah adalah dua pintu masuk bagi jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi,” katanya di sini.

Menurutnya, pasukan itu akan memantau pergerakan bas-bas dan sebarang kelewatan atau ke­rosakan akan dilaporkan ke hotline pasukan dan petugas PPKL dihantar untuk membantu termasuk mendapatkan bas gantian jika perlu.

Jelasnya, pasukan itu yang terdiri daripada 70 petugas membuat rondaan dengan kenderaan pelbagai guna GMC dan dilengka­pi walkie talkie serta telefon bimbit.

“Bukan mudah melaksanakan tugasan ini. Pasukan ini terdiri daripada mereka yang lasak ke­rana harus meronda di padang pasir,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu turut membawa pek makanan me­ngandungi roti, kek, buah dan minuman sekiranya bas yang mem­bawa jemaah mempunyai ma­salah dan memerlukan makanan.

Menurutnya, setakat ini pasukan itu telah memastikan 648 bas iaitu 364 dari Madinah ke Mekah yang mengambil masa lapan jam perjalanan dan 282 dari Jeddah ke Mekah selama empat jam perjalanan, selamat tiba.

Sementara itu Pengurus PPKL, Shafie Sharif berkata, pasukan itu perlu memantau pergerakan 893 buah bas pada musim haji ini.

Setakat ini katanya, hanya empat bas bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah mengalami kerosakan dan memerlukan bas gantian. – Utusan