Pengarah Pengurusan Kumpulan Ramly, Datuk Dr.Ramly Mokni berkata, peruntukkan itu yang merangkumi khidmat nasihat, kursus , latihan dan modal secara tidak langsung dapat menjadi platform bagi membantu usahawan baharu di bawah PPKKL.

Katanya, 10 penternak yang terpilih nanti turut membekalkan ayam untuk pusat penyembelihan milik syarikat itu yang dijangka siap pada tahun 2020 melibatkan pelaburan lebih RM100 juta.

“Pusat penyembelihan ini yang hampir siap mampu mampu melakukan sembelihan sebanyak 96,000 ekor ayam sehari atau 2.5 juta ekor sebulan.

“Oleh itu, ia secara tidak langsung akan membantu industri pemprosesan daging dan bekalan ayam terutama dalam musim perayaan nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Ramly Poultry Integrator Sdn.Bhd. dan PPKKL dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE