MOHD. FARED ABDUL GHANI
MOHD. FARED ABDUL GHANI

Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, dengan penubuhan jawatankuasa khas tersebut beliau berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, usaha terbaharu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama dengan beberapa kementerian lain itu adalah amat baik bagi menangani masalah disebabkan peniaga asing sejak sekian lama.

“Kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal telah menyebabkan berlaku lambakan warga asing dalam negara ini dan langkah itu wajar dilakukan.

“Boleh dikatakan banyak peluang pekerjaan sudah dimonopoli oleh pekerja asing disebabkan kerancakan ekonomi Malaysia dan pentadbiran politik bersifat terbuka yang menjadi faktor menarik perhatian mereka,”
katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Pada Isnin lalu sebuah akhbar melaporkan kerajaan baharu sedang merangka satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu lambakan peniaga warga asing di pasar borong seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memberitahu jawatankuasa khas itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu ini. -UTUSAN ONLINE.