Pengerusi PPHPTBT, Datuk Dr Le Hong Bio, pusat yang diwujudkan atas inisiatif Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al Saggof ternyata membantu mengatasi kekurangan pusat dialisis ketika bilangan pesakit semakin bertambah.

Katanya, kewujudan pusat yang tidak berorientasikan keuntungan ini membantu memberikan kelegaan kepada pesakit daripada golongan kurang berkemampuan kerana dapat mengurangkan bebanan mereka.

“Sebelum ini pusat ini mengadakan dua shif, dan dalam usaha membolehkan lebih ramai mendapatkan perkhidmatan, kami mengadakan tiga shif iaitu bermula pukul 7 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 7 malam.

“Pada masa ini, seramai 59 pesakit yang berusia antara awal 20-an hingga 70-an sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus sedang menerima rawatan hemodialisis dengan menggunakan 12 mesin, dan dibantu 16 kakitangan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui sempena kunjungan Tengku Besar Terengganu di PPHPTBT di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini hari ini.Yang turut hadhir, Yang Dipertua Dewan Undangan Ngeri, Datuk Zubir Embong.

Tengku Besar Terengganu turut bertanya khabar kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di samping menyampaikan cendermata.

Menurut Dr Le, Tengku Besar Terengganu mengadakan kunjungan setiap tahun sejak pusat tersebut beroperasi untuk meninjau perkembangannya di samping bermesra dengan pesakit. - UTUSAN ONLINE