Baginda bertitah, perbincangan boleh dibuat dengan pihak yang menguruskan bekalan makanan untuk pesawat berkenaan su­paya dapat memberikan peluang kepada Harumanis yang me­rupakan mempelam eksklusif dari negeri ini.

Bagaimanapun titah baginda, usaha itu bergantung kepada bekalan buah yang mencukupi.

Baginda bertitah, sebagai per­­­mulaan, Harumanis boleh dibekalkan ke Golden Lounge MAS di La­pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dikembangkan ke La­pangan Terbang Heathrow, London jika mendapat kelulusan pihak kuarantin di sana.

“Secara tidak langsung, nama Harumanis Perlis akan terus mekar di persada dunia tanpa memerlukan stok yang banyak untuk pemasaran,” titah baginda semasa berucap dalam majlis pelancaran Jualan Mempelam Harumanis Perlis 2017 di Pusat Kecemerlangan Mempelam Ha­ru­manis Bukit Bintang, Jalan Sungai Batu Pahat di sini petang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda menzahirkan kebimbangan tentang gejala penipuan dan kecurian sejak nilai Harumanis melonjak tinggi dalam pasaran.