Keadaan itu menyebabkan PTPTN muncul dengan pelbagai inisiatif yang membebankan peminjam termasuk cadangan pemotongan gaji berjadual yang diumumkan Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan kelmarin.

Itu adalah rumusan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, P. Punithan yang turut berpandangan cadangan pemotongan gaji tersebut bukanlah satu penyelesaian bijak daripada PTPTN.

Beliau berpendapat, pe­minjam tidak wajar ditekan kerana hakikat­nya mereka di­pengaruhi janji-janji PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kerenah politik populis PH adalah punca sebenar PTPTN berdepan krisis hari ini. Adalah tidak wajar peminjam ditekan walhal sebelum memenangi PRU-14, pemimpin PH yang menjadi punca merosakkan minda peminjam PTPTN untuk mendapatkan undi golongan muda dan keluarga mereka.

“Perlu kita fahami, faktor yang membebankan peminjam untuk membayar balik adalah peningkatan kos sara hidup yang tinggi di bandar,” katanya dalam satu kenyata­an di sini hari ini.