Kumpulan yang disertai lima pelajar Diploma Ukur Tanah itu berjaya menghasilkan video yang menerangkan kewajipan melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kalangan pelajar selepas tamat pengajian.

Ketua Pasukan, Muhammad Tarmizi Razali berkata, pasukannya tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan video pendek tersebut kerana mereka dibimbing oleh dua pensyarah Polisas.

“Kami menggunakan masa terluang untuk melakukan penggambaran video ini termasuk kerja-kerja penyuntingan rakaman.

“Alhamdulillah, usaha kami mengorbankan masa lapang bagi menyiapkan video akhirnya berbaloi dengan kemenangan ini,” katanya di sini hari ini.

Selain Muhammad Tarmizi, pasukan disertai Nurhaiza Hazlan, Izyan Dayana Firdaus Mohd. Shah, Muhammad Zakwan Akmal Zakaria dan Fatin Nur Amira Md. Fadir.

Mereka menerima wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.