Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sehingga kini Pasukan Siasatan Jenayah Pe­ngubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak berkaitan wang dan barang berharga yang disita.

"AMLA PDRM telah menyerahkan perintah di bawah Seksyen 32 AMLATFPUAA 2001 untuk hadir memberi keterangan kepada pegawai penyiasat berkaitan pemilikan wang tersebut.

"AMLA PDRM juga kini dalam proses mengumpulkan bukti yang cukup supaya tindakan pendakwaan dan perlucuthakan dapat diambil," katanya.

Tambah beliau, AMLA PDRM juga telah memohon dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan. - UTUSAN ONLINE