SHAH ALAM 20 Julai 2017_ Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten
Mazelan Paijan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur program tersebut.

Tegas beliau, pihaknya juga tidak akan sesekali ingkar terhadap arahan yang telah pun dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar tiada sebarang penganjuran pesta arak di semua tempat di negara ini.

“Kita tidak akan benarkan seperti yang diarahkan Timbalan Perdana Menteri. Jika ada yang mendakwa sudah dapat kelulusan dari polis, itu adalah surat kebenaran palsu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pe­ngangkutan mendakwa polis sudah meluluskan kebenaran pe­nganjuran pesta arak itu dengan syarat ia tidak membabitkan orang Islam serta tidak berunsur politik.

Dakwaan itu dibuat pemimpin DAP tersebut dalam sidang akhbarnya selepas pelbagai pihak tampil membantah penganjuran pesta arak berkenaan walaupun ia diadakan secara tertutup ke­rana disifatkan tidak sensitif de­ngan kegelisahan umat Islam selaku penduduk majoriti di negara dan di negeri ini.