Ketuanya, Datuk A. Thaiveegan berkata, permohonan itu mungkin dikemukakan hari ini atau selewat-lewatnya esok.

“Setiap hari ada perkara baharu dan setiap hari ada orang cakap begitu, begini. Jadi, sukar untuk polis melengkapkan siasatan.

“Justeru, apabila inkues ini dipersetujui oleh pejabat Peguam Negara, kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 12 di Plaza Tol Juru arah Utara, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE