Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, berdasarkan keterangan yang diambil daripada beberapa kanak-kanak yang mendakwa kejadian tersebut mendapati tiada unsur-unsur berlakunya cubaan culik berkenaan.

"Menurut keterangan saksi-saksi ini, empat suspek tersebut dikatakan bersembunyi di kawasan semak pada jarak kira-kira 90 meter daripada mereka. Namun, tidak ada sebarang perbuatan jenayah oleh suspek ke atas kanak-kanak tersebut.

"Walau bagaimanapun, kami (polis) mengambil maklum kejadian ini dan akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa dan setakat ini dakwaan menculik tersebut tidak berlaku," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menghebahkan dalam media sosial sementara kes ini dalam siasatan polis selain meminta orang awam menghubungi balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan kes ini.

Katanya, mereka yang menyebarkan berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 (3) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE