Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din
Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, latih amal yang melibatkan semua pegawai dan anggota kontinjen ini diadakan bagi menguji keberkesanan perancangan dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, latih amal itu juga bagi menguji pelan tindak balas polis daerah mengikut prosedur yang telah ditetapkan selain menguji rangkaian komunikasi dan sistem dalam talian sedia ada milik agensi keselamatan itu seperti Sistem Maklumat Pusat Kawalan (SMPK) dan Sistem Maklumat Pilihan Raya (SMPR).

“Latih amal yang dijalankan ini melibatkan lima fasa utama, iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa pembuangan dan penjumlahan undi, fasa selepas pengumuman keputusan undi (pasca pilihan raya) mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Sehubungan itu, polis Johor berharap kerjasama daripada orang ramai agar tidak terkejut atau panik semasa latihan ini diadakan dengan pergerakan kehadiran Unit Pasukan Simpanan Polis (FRU) yang ramai terutamanya di lokasi-lokasi utama dan tempat awam sekitar negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE