Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritanden Ismail Jusoh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu bagi mengelakkan masyarakat tidak terus terjebak dengan janji manis yang diberikan oleh pihak terbabit.

"Perkara ini kelihatan mudah tetapi masyarakat perlu ingat, kesan selepas meminjam kepada mereka.

"Jika gagal melunaskan pinjaman tersebut mereka bukan sahaja menggunakan jenayah kekerasan kepada peminjam tetapi ahli keluarga turut akan menjadi mangsa," katanya kepada pemberita dalam operasi menurunkan iklan haram di sini hari ini.

Seramai 20 anggota polis bersama MDPM berpadu tenaga menurunkan gegantung dan iklan pinjaman haram. - UTUSAN ONLINE