POLIS mencari waris si mati yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
POLIS mencari waris si mati yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Jurucakap polis Kuala Lumpur berkata, lelaki tersebut dianggarkan berusia lingkungan 40-an.

“Identiti mangsa tidak dapat dipastikan dan mayatnya kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil di talian 010-2423485, Balai Polis Tun H.S Lee (03-92212222) atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur (03-21460584/585) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- UTUSAN ONLINE