Menurut kenyataan polis Kuala Lumpur, lelaki Mauritius tersebut ialah Rakesh Behari, 40, yang kali terakhir dilihat di Lobi Hotel Dorsett, Jalan Imbi, pada 22 November lalu.

Ujar kenyataan itu, wanita Vietnam yang terlibat pula ialah Nguyen Thi Son Trang, 38, yang kali terakhir dilihat di Hotel The KL Journal, Jalan Beremi, Bukit Bintang pada 17 Oktober yang lalu.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil, Balai Polis Tun H.S Lee di talian 010-2423485, Balai Polis Tun H.S Lee (03-92212222), Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur (03-21460584/585) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - UTUSAN ONLINE