RAZARUDIN HUSAIN

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan berhubung perkara tersebut belum lagi dimulakan meskipun satu laporan polis telah diterima daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak.

"Buat masa ini kita tidak panggil lagi mana-mana individu kerana kita perlu siasat dahulu suara siapa yang ada dalam rakaman tersebut.

"Setakat ini satu laporan polis daripada Armada sahaja dan yang itu (tindakan) biar pihak Armada sendiri putuskan kerana ini melibatkan kes sivil dan bukan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam rakaman audio berdurasi 4 minit 22 saat yang tersebar dalam media sosial itu, seorang individu yang dikatakan exco kerajaan negeri meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap pentadbiran Ahmad Faizal selaku Menteri Besar Perak. - UTUSAN ONLINE